Kabinet Sabah


Kabinet Negeri Sabah merupakan badan eksekutif bagi Kerajaan Negeri Sabah, Malaysia. Kabinet diketuai oleh Ketua Menteri dan dibarisi oleh 10 orang menteri, kesemua mereka dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Kabinet dibantu oleh Pembantu-pembantu Menteri yang dilantik dengan cara yang sama dengan cara Ketua Menteri serta Menteri-menteri dilantik. Walau bagaimanapun, Pembantu-pembantu Menteri tidak menganggotai Kabinet. Mesyuarat Kabinet turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Peguam Besar Negeri. Kedua-dua mereka dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka bukan anggota Kabinet. Kabinet Negeri Sabah yang semasa dibentuk sepenuhnya pada 16 Mei 2018 dan diketuai oleh Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal [1]